Stand a chance to get FREE HapiNFT card in HAPiHEROS® products!!!

Anak anda sudah berusia 6 bulan maka tiba masanya untuk memperkenalkan makanan pejal pertama bayi. Ibu bapa pasti tertanya-tanya: Bilakah masa yang paling sesuai, apakah makanan pertama yang patut diberi dan kuantiti yang sepatutnya. Sebenarnya ibu bapa tidak perlu bimbang jika anak mereka hanya makan sesudu dua sahaja. Ini kerana anak anda akan mendapatkan nutren yang diperlukan untuk membesar daripada susu ibu atau susu formula.

Memperkenalkan makanan pejal selepas anak berusia 6 bulan

Ibu bapa disarankan untuk menunggu sehingga anak berusia 6 bulan sebelum memperkenalkan makanan pejal. Ini memberi masa untuk sistem penghadaman bayi berkembang matang. Selain itu, si bayi boleh terus mendapat kebaikkan antibodi dari susu ibu. Ibu yang memberi susu formula tidak perlu tergesa-gesa untuk bercerai susu kerana susu formula bayi turut memadai sehingga bayi berusia sekitar 6 bulan.

Ibu bapa digalakkan menunggu sehingga bayi mereka mampu:

Walaupun bayi anda sudah pandai menelan susu formula ataupun susu ibu, ini tidak bermaksud transisi dari cecair ke makanan pejal akan berjalan lancar sepenuhnya. Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi pramatur dan ingin tahu masa terbaik untuk memperkenalkan makanan pejal, ia adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat dari pakar kanak-kanak. Harus diingat bahawa setiap bayi berkembang pada tahap yang berlainan, oleh itu ibu bapa harus bersabar dan memantau perkembangan bayi.

Ibu bapa mungkin pernah mendengar cadangan untuk menambahkan sedikit bijirin bayi dengan susu supaya bayi berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang. Walaupun tip ini diberi atas niat yang baik, bayi yang lapar merupakan perkara yang normal dan tidak harus dilihat sebagai tanda untuk memulakan makanan pejal.

Berikut adalah beberapa tanda yang boleh mengelirukan:

Ada kemungkinan bayi anda sedang mengalami growth spurt ataupun lonjakan pertumbuhan. Oleh itu teruskan menyusu sehingga si bayi berusia 6 bulan kerana bayi yang diberi makanan pejal lebih awal tidak semestinya lebih cenderung untuk tidur sepanjang malam.

Apakah makanan terbaik untuk si manja?

Sesetengah ibu bapa lebih suka bermula dengan campuran bijirin dengan susu, manakala ada pula yang lebih gemar memberi makanan puri.

Tetapi ramai yang lebih suka bijirin bayi kerana ia mudah disediakan and boleh didapati di kebanyakan kedai. Kandungan bijirin bayi selalunya diperbuat dari makanan rendah alergen and diformulasikan supaya senang dihadam. Ianya diperkaya dengan zat besi serta nutren yang diperlukan oleh bayi untuk membesar dan berkembang dengan baik. Selain itu, kini terdapat banyak pilihan di pasaran seperti bijirin bercampur dan bijirin organik.

Si manja juga boleh mendapat manfaat yang sama daripada makanan puri buatan sendiri dengan bahan-bahan yang kaya dengan zat besi dan nutren lain. Ibu bapa tidak hanya akan menawarkan pelbagai jenis makanan yang bernutrisi tinggi, malah akan turut meluaskan citarasa anak mereka.

Mula dengan makanan yang paling selamat yang tidak akan mendatangkan reaksi alergi terlebih dahulu. Kemudian ibu bapa perlu menunggu 2-3 hari selepas memperkenalkan makanan tertentu untuk memantau sebarang kemungkinan alahan.

Elakkan memberi bayi anda gula dan garam tambahan kerana makanan masin hanya akan memudaratkan buah pinggang kecil mereka, dan gula adalah punca keobesan dan kerosakan gigi.

Biarpun bijirin bayi ataupun makanan puri, sediakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja apabila baru mula memperkenalkan makanan pejal. Ini kerana si manja mungkin hanya makan satu ataupun dua sudu sahaja. Biasanya, mereka akan makan sampai comot muka!

Pada peringkat ini, ibu bapa sedang memperkenalkan rasa, tekstur dan cara makan. Matlamat anda adalah untuk menjadikannya suatu pengalaman yang selamat, sihat dan menyeronokkan. Oleh itu, jangan paksa anak makan dengan cepat dan jangan paksa anak untuk menghabiskan makanan mereka.

Langkah keselamatan dan kebersihan makanan

Ibu bapa harus sentiasa berhati-hati semasa menyediakan makanan untuk bayi mereka untuk mengurangkan risiko anak tercekik dana makanan tercemar.

Jangan tinggalkan bayi anda tanpa pengawasan semasa mereka makan.

Bayi mungkin akan tersedak pada mulanya dan ini perkara yang normal kerana mereka masih membiasakan diri dengan tekstur makanan yang berbeza dan belajar menelan makanan pejal.

Ibu bapa harus memantau anak ketika makan agar mereka tidak tercekik. Bayi yang tercekik tidak sama seperti bayi yang tersedak dan ini amat berbahaya.

Tips memberi makan kepada bayi

Sebelum bermula, ibu bapa harus menyediakan:

Barang lain yang boleh membantu:

.

Anak lain mungkin pandai makan dan tidak memilih makanan. Oleh itu ibu bapa harus banyak bersabar dan jangan bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Kebanyakan bayi dan anak kecil perlu diberi makanan yang sama berkali-kali sebelum makanan itu diterima mereka. Jangan berputus asa jika si manja enggan makan. Cuba lagi, sehingga si manja boleh menerimanya.

Biar anak tentukan berapa banyak mereka boleh makan. Jika mereka masih membuka mulut, ini tanda mereka nak tambah lagi. Tetapi jika mereka asyik menutup mulut atau mula memalingkan kepala mereka, jangan paksa mereka makan jika mereka tidak berminat lagi.

Kalau ingin, ibu bapa boleh memantau jumlah makanan anak. Tetapi pantaulah dengan pendekatan yang positif. Kadang kala mereka mungkin makan banyak. Pada hari-hari lain mereka mungkin tidak makan langsung. Ini adalah perkara biasa; teruskan sahaja memberi dorongan dan pujian. Jangan berhenti mencuba.

Bijirin HAPIHEROS® bijirin terbaik untuk Si Manja

Bijirin Bayi Semulajadi HAPIHEROS® Perisa Asli (Beras) is made from top quality rice cereal, organic soy and brown rice. It contains Inulin(Prebiotic) and Probiotics, which promotes gut health and maintains strong immunity, DHA, which supports brain and eye development, Iron and all the necessary nutrients your baby needs. Aside from the natural sweetness of fruits in HAPIHEROS® Natural Baby Cereal Mixed Fruits range, all HAPIHEROS® Natural Baby Cereal contains NO ADDED colouring, salt, nuts, dairy, artificial flavouring, preservatives, sugar and Maltodextrin. It also comes in a variety of unique flavours like HAPIHEROS® Natural Baby Cereal Beetroot & Goji Berries dan HAPIHEROS® Natural Baby Cereal Purple Sweet Potato. For more information, visit HAPIFAM and pick up one today!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

HAPIFAM