Stand a chance to get FREE HapiNFT card in HAPiHEROS® products!!!

Dalam dunia hari ini, makanan tidak sepatutnya dimakan semata-mata untuk mengenyangkan perut. Makanan perlu menyuburkan jiwa dan raga.

Di Malaysia dan di seluruh Asia, ramai yang tidak mendapat khasiat dan vitamin penting dalam sajian makanan harian mereka. Hal ini bukan kerana makanan yang berkualiti sukar didapati tetapi kerana tabiat makan yang kurang baik disebabkan kebiasaan atau pengetahuan yang cetek mengenai pemakanan.

Kami di HAPIFAM sedang menjalankan misi membetulkan keadaan. Tabiat makan yang betul penting atas pelbagai sebab selain kesihatan. Sebenarnya, makanan menjadi barisan pertahanan pertama terhadap penyakit. Apabila seseorang itu memerlukan rawatan perubatan, ini bermakna badannya telah tewas akibat ancaman yang tertentu terhadap kesihatannya. 

Kami sedang menjalankan misi menggalakkan tabiat makan yang berkhasiat untuk seisi keluarga.

Atas sebab ini, kami menyediakan pilihan makanan untuk keluarga orang Asia. Hasrat kami adalah untuk melihat seluruh keluarga hidup dengan sihat sejahtera melalui tabiat makan yang baik.

Kami sudah pun bermula dengan jenama-jenama yang disasarkan pada ibu dan anak. Bagi golongan ibu, kami menolong mereka mengeluarkan lebih banyak susu untuk bayi mereka dengan biskut HAPIMOMS kami yang dirumus khas. Kuki yang lazat lagi berkhasiat ini diharap dapat menggembirakan bukan seorang tetapi dua - ibu dan bayi. Hasilnya, bayi disusui dengan lebih baik. Bagi kanak-kanak pula, barisan bijirin HAPIHEROS kami yang menampilkan perisa Asia yang unik ialah cara kami membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan kuat, tanpa membezakannya dengan apa yang gemar dimakan oleh ayah dan emak, misalnya keledek dan beri goji.

Kami sedang menjalankan misi menyediakan pilihan makanan yang berkhasiat

Jenama HAPI kami bertumpu pada perisa semula jadi.
Inilah sebabnya kami berbeza dengan yang lain. Kami meninggikan faktor khasiat pada pilihan produk kami. Kami menggandingkan khasiat dengan kelazatan.

Kami sedang menjalankan misi menggembirakan hati!

HAPIFAM ialah lakuran dua kata Inggeris, iaitu “Happy” (Gembira) dan “Family” (Keluarga). Kami percaya dengan sepenuh hati bahawa makanan, terutamanya makanan yang berkhasiat, tidak sepatutnya hanya membekalkan khasiat tetapi juga kegembiraan. Makanan penting bagi semua budaya Asia dan hidangan yang baik lagi berkhasiat paling kami utamakan.

Kami juga berwawasan hendak berkongsi warisan Asia kami dengan seluruh dunia.
Watak Wira Harimau Malaya dicipta untuk menggambarkan tempat asal jenama ini, iaitu Malaysia.
Harimau juga melambangkan badan yang kuat dan otak yang pintar.

Kami juga berwawasan hendak berkongsi warisan Asia kami dengan seluruh dunia.
Watak Wira Harimau Malaya dicipta untuk menggambarkan tempat asal jenama ini, iaitu Malaysia.
Harimau juga melambangkan badan yang kuat dan otak yang pintar.

HAPIFAM