Stand a chance to get FREE HapiNTF card in HapiHeros products!!!

Apakah NFT?

NFT ialah Token Yang Tidak Boleh Ditukar Ganti. NFT ialah aset digital yang boleh ditentusahkan pada rantai bongkah. Pemilikan aset ini boleh disahkan ketulenannya dan juga mudah dipindahkan.

Apakah keistimewaan HapiNFT?

NFT ialah Token Yang Tidak Boleh Ditukar Ganti. NFT ialah aset digital yang boleh ditentusahkan pada rantai bongkah. Pemilikan aset ini boleh disahkan ketulenannya dan juga mudah dipindahkan.

Di manakah dan bagaimanakah caranya saya dapatkan kad HapiNFT?

Generasi pertama HapiNFT dimasukkan secara rawak ke dalam kotak Bijirin Untuk Bayi HapiHeros kami. Hanya 4000 unit HapiNFT dihasilkan bagi generasi pertama ini, yang terdiri daripada 4 watak unik sebanyak 1000 unit setiap satunya.

Bolehkah saya menjual NFT yang saya dapat ini kepada orang lain?

HapiNFT boleh dijual kepada orang lain dengan menggunakan Enjin Wallet di medan perniagaan Enjin. HapiNFT juga boleh dititikan dengan mudah ke rantai bongkah Ethereum untuk dijual di medan-medan perniagaan NFT yang berasaskan Ethereum.

Apakah Enjin Wallet?

Enjin Wallet ialah dompet pintar kripto mudah alih berbilang mata wang untuk alat-alat Apple dan Android. Dompet ini menyokong lebih daripada 700 mata wang digital dan menggunakan antara muka yang ringkas. Rekaannya memudahkan anda menguruskan semua pegangan kripto anda di satu tempat. Berikutan pengemasan terkini pada bulan September 2018 yang lepas, Enjin juga membolehkan anda menyimpan barang koleksi permainan berasaskan rantai bongkah ERC721 dan ERC1155.

Bagaimanakah cara menebus HapiNFT?

HapiNFT sangat mudah ditebus. Imbas sahaja kod QR pada kad yang anda jumpai di dalam kotak HapiHeros kami, kemudian ikuti arahan untuk memuat turun Enjin Wallet dan HapiNFT akan muncul dengan sendiri di dalam dompet anda.

HAPIFAM