Stand a chance to get FREE HapiNFT card in HAPiHEROS® products!!!

Mencari posisi penyusuan badan yang selesa adalah perjalanan yang unik bagi setiap ibu dan bayi. Terdapat pelbagai cara memegang bayi semasa menyusu, dan anda bebas bereksperimen untuk menentukan posisi yang terbaik. Dalam artikel ini, anda akan belajar beberapa posisi menyusu yang popular seperti posisi pegangan ‘cradle’, posisi pegangan ‘rugby’, dan posisi baringan sisi, bersama-sama dengan kelebihan dan kelemahannya. 

Penyusuan badan adalah merupakan pengalaman ikatan yang mesra, dan posisi yang anda pilih juga mempengaruhi keselesaan anda dan kemampuan bayi anda untuk menyusu dengan efektif. Mari kita ketahui pelbagai posisi menyusu dan bagaimana posisi-posisi tersebut dapat meningkatkan perjalanan penyusuan anda. 

  1. Posisi pegangan ‘cradle’ 

Pegangan pelukan ‘cradle’ atau buaian adalah posisi yang agak popular di mana anda memegang bayi anda di pangkuan anda, dengan menyokong kepalanya menggunakan lengan anda. Posisi ini membantu memastikan penyusuan yang baik dan boleh memberikan keselesaan kepada anda dan bayi anda. Ikatan kasih sayang juga terjalin ketika ini melalui hubungan mata dan sentuhan antara ibu dan bayi. 

  1. Posisi pegangan ‘rugby’ 

Posisi pegangan ‘rugby’ dilakukan dimana anda memegang bayi anda di bawah lengan anda, dengan kepala dan leher mereka disokong oleh tangan anda. Posisi ini sesuai untuk ibu yang telah menjalani pembedahan caesarean kerana kedudukan bayi jauh daripada tempat yang dijahit. Selain itu, ianya juga membantu bayi yang mengalami refluks atau tidak selesa disusukan dalam posisi lain. Pastikan tangan yang menyokong kepala bayi tersebut diletakkan di atas sandaran tangan kerusi atau bantal supaya tangan anda tidak lenguh. 

  1. Posisi baringan sisi 

Posisi baringan sisi sangat ideal untuk penyusuan pada waktu malam atau ketika anda perlu berehat semasa menyusu. Untuk posisi ini, anda boleh baring disisi dan pegang bayi menghadap anda. Bebaskan lengan anda, dan bawa bayi ke payudara yang berada di bahagian bawa. Posisi ini mungkin memerlukan beberapa kali percubaan untuk ibu baru dan bayi yang baru lahir walaupun nampak mudah. Ini kerana bayi anda juga masih belajar untuk mencari dan melekapkan mulut mereka ke puting payudara anda.

Kesimpulannya,  

Tidak ada posisi yang “betul” atau “salah” dalam teknik penyusuan badan — yang paling penting adalah mencari posisi yang paling sesuai dan selesa untuk anda dan bayi anda. Mungkin anda perlu cuba pelbagai posisi terlebih dahulu sebelum memilih posisi yang anda suka dan juga dapat memastikan bayi anda dapat menyusu dengan berkesan. 

Jika anda mencari cara semulajadi dan sedap untuk meningkatkan bekalan susu badan, cubalah Kuki Laktasi HAPiMOMS®! Ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang berkhasiat dan diformulasikan khas untuk menyokong penghasilan susu. 

Nikmati penghasilan susu badan anda lebih banyak dari biasa bersama Kuki Laktasi HAPiMOMS® hari ini! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HAPIFAM